Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Bagaimana Membuat Halaman Web Anda Di Dalam Masa 20 Minit Sahaja Menggunakan Telefon Bimbit (Android) atau Tab (Android) Anda? Bab 3

Langkah-langkah Untuk Setkan Halaman Web/Blog Anda :

1. Pilih ikon WordPress di skrin fon anda.

2. Kemudian skrin seperti di bawah akan muncul dan pilih Sign Up For WordPress.com

3. Skrin di bawah akan muncul dan pilih akaun e-mel anda

4. Selepas itu anda akan dikehendaki log masuk ke akaun Gmail anda seperti biasa. Rujuk di bawah :

Jangan lupa masukkan e-mel anda dan kemudian klik Next. Pada Bahagian Enter Your Password, masukkan kata-laluan anda dan klik Next.

Kemudian pada Bahagian Welcome, klik pada I Agree

5. Sekiranya e-mel dan kata-laluan anda semuanya betul, anda akan dibawa ke skrin seperti di bawah: Klik pada butang CONTINUE yang terpampang di bawah skrin fon anda.

6. Skrin seperti di bawah akan kelihatan dan klik pada butang ADD NEW SITE.

7. Sedikit lagi hendak siapkan website anda! Skrin di bawah akan muncul:

Pilih dengan menekan Create WordPress.com site.

8. Skrin seterusnya: Create Site. Pilihlah Blog

9. Selepas itu, skrin seterusnya : Klik SKIP

10. Pada Skrin 2 of 3: Masukkan pada ruangan Site Title iaitu Tajuk Halaman Web Anda. Dalam ruangan Tagline pula taipkan kata-kekunci tentang blog anda. Lihat contoh dan klik NEXT

11. Skrin hampir terakhir iaitu 3 of 3, taipkan dalam ruangan Search Domains untuk nama domain yang sesuai untuk halaman web anda atau pilih senarai yang ada selepas itu klik CREATE SITE:

12. Nah! Halaman web anda telah siap!!!! Tahniah! Lihat skrin di bawah.

Klik OK dan kemudian skrin seterusnya akan terpampang:

Pilih NO THANKS

13. Akhir sekali, Anda akan dapat lihat nama halaman web Internet anda. Cuba klik pada bahagian yang telah ditunjukkan dengan anak panah berwarna hitam untuk mulakan mempunyai mukasurat anda yang pertama!

14. Klik pada tandaan anak panah No 1 untuk menaip Tajuk Topik Anda. Taiplah : Selamat Datang. Kemudian pada anak panah No 2, taipkan isi kandungan topik anda, Contoh taipkan: Kami mengucapkan selamat datang ke halaman web kami. Selepas itu, klik pada anak panah No 3 untuk menyimpan dan siarkan halaman web anda ke Internet.

Lihat contoh di bawah :

Selepas klik PUBLISH, akan ada pertanyaan seperti rajah di bawah: Pilih PUBLISH NOW

15. Anda akan dikembalikan ke muka hadapan menu utama. Klik pada nama domain anda. Lihat lokasi nama domain anda seperti yang ditandakan dengan anak panah seperti di bawah ini:

16. Anda akan dibawakan ke halaman web anda menggunakan Google Chrome iaitu pelayar halaman web. Anda akan lihat mukasurat halaman web anda yang pertama telah siap dipaparkan. Mungkin kelihatan lebih kurang sama seperti rajah di bawah :

17. Tahniah kepada anda kerana telah berjaya membuat halaman web anda yang pertama!

Siri seterusnya akan berkisar kepada bagaimana hendak menambahbaikan kepada halaman mukasurat anda yang lain. Nantikan siri Kedua!

TAMAT SIRI PERTAMA : MEMBUAT HALAMAN WEB MENGGUNAKAN WORDPRESS

Advertisement
%d bloggers like this: