Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Bagaimana Membuat Halaman Web Anda Di Dalam Masa 20 Minit Sahaja Menggunakan Telefon Bimbit (Android) atau Tab (Android) Anda? Bab 2

Langkah-langkah Untuk Memasang Perisian (App) WordPress

1. Onkan Data Internet anda! Jika tiada Internet, anda perlu langganinya melalui pengendali rangkaian telefon anda. Jika anda langgani Unify di rumah, anda boleh menggunakan WIFI di rumah anda. Jika tiada apa-apa langsung, boleh guna Hotspot anak-anak atau kawan-kawan anda atau juga guna WIFI restoren yang ada.

2. Buka Google Play Store di dalam fon atau tablet anda. Logonya seperti di bawah:

3. Kemudian selepas Google Play Store dibuka, taipkan di ruang seperti yang ditunjukan di dalam rajah di bawah:

4. Taipkan : wordpress app dan di bawahnya akan tersenarai WordPress-Website & Blog Builder. Pilih yang itu. Nak tahu betul atau tidak yang kita pilih, lihat logo seperti di bawah:

5. Kemudian Klik Pasangkan (atau Install dalam bahasa Inggeris). Tunggu sehingga tamat perisian WordPress (app) dipasangkan.

Kemudian Klik butang Open atau Jalankan. ATAU anda juga boleh jalankan WordPress melalui fon anda di skrin depan atau menu-menu yang ada di skrin anda. Lihat pada ikon WordPress seperti ini: Atau lihat logo ini pada skrin fon anda:

6. Nah!! Anda telah berjaya memasang perisian WordPress! Tahniah!!!!

Teruskan ke Bab 3 untuk setkan WordPress anda! Klik Sini!

Advertisement
%d bloggers like this: