Anda mungkin telah melihat bagaimana ramai orang mempunyai halaman web mereka sendiri.Anda juga mungkin hairan bagaimana mereka membuatnya sendiri. Nah! Anda mungkin tidak percaya bahawa dengan hanya kebolehan menaip dan menggunakan Internet di jejari anda, anda juga mampu berbuat seperti mereka juga. Anda tidak perlu cakap anda bukan celik IT (Teknologi Maklumat). Anda boleh jadi penulis dengan asalkan anda mempunyai idea serta bahan yang hendak disampaikan.
Dengan pengalaman membuat halaman web (secara susahnya) selama 21 tahun (ye benar!), saya mendapati semakin lama semakin mudah membuatnya dengan penggunaan teknologi terbaharu masakini. Baiklah, sekarang apa yang kita perlukan sebelum membuat halaman web (webpage/website) adalah :
Anda perlu ada yang berikut :
- Telefon Pintar (Smartfon android atau Iphone) ATAU Tab/Tablet/Phablet
- Talian Data Internet/WIFI (Tiada Data anda boleh guna WIFI di rumah jika ada!)
- E-mel (Wajib ada! Jika tiada, anda perlu buatkan satu. Sebaiknya guna e-mel dari Gmail kerana sistem Android adalah dari syarikat yang sama dengan Gmail!)
- Bahan untuk menulis (Opsyenel)
- Perisian/Program untuk menulis (Kita akan pelajarinya nanti)
Anda mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi ya. Sabar sedikit lagi. Ada beberapa penerangan ringkas yang ingin saya perjelaskan yang berkaitan dengan Internet dan juga kata-kekunci yang mungkin anda tidak pernah dengari atau mungkin orangramai akan bertanya kepada anda kelak. Jadi lebih baik kita fahami dahulu konsep Internet.
Kata-Kekunci :
- Server : tempat di mana bahan penulisan anda akan ditempatkan. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Kita akan menggunakan yang percuma dahulu.
- Domain Name : Alamat rujukan kepada bahan penulisan anda. Seperti juga lamat rumah anda. Contoh : sukamasak.blog.com. Kita akan gunakan yang FREE dahulu yer!
- App : Bendalah atau program atau perisian yang anda gunakan untuk memasukkan bahan penulisan anda. Kita akan menggunakan perisian WORDPRESS app dari Google Play Store
- Internet : Medium penghantaran bahan penulisan kita. Macam medium suratkhabar, televisyen, Astro dan sebagainya
- WIFI : Rangkaian Internet untuk bersambung ke Internet
- Data : Rangkaian Internet yang anda telah langgani melalui pengendali rangkaian telefon anda seperti Maxis, Celcom dan sebagainya
Kita teruskan membaca di Bab 2. Cara-cara nak memasang Wordpres ke dalam fon/tablet anda